Sunday, October 31, 2010

3 months!!



 Mommy and lil Rayqall camwhoring at Oldtown


 His 3months old pic.

As usual, we brought rayqall to his Paed on 28th at Damansara Damai specialist.His weight for this month is 6.7kg length dekat klinik ni tak measure pulak.I thought rayqall will get his 3months jab tapi rupanya tak kena jab pun.Dr Kamal gave him oral vaksin ROTAVIRUS.This vaksin thru mulut macam kita bagi baby makan ubat dengan syringe tu.This is what i googled about an option vaksin rotavirus sebab tu GH tak bagipun this vaksin nak ambil boleh tak ambilpun boleh tapi mungkin jugak sebab this vaksin agak mahal.We have been charged about Rm320 (vaksin + 2pack pil perancang Yasmeen).
"Jangkitan Rotavirus Apakah jangkitan Rotavirus? Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera. Apakah yang menyebabkan jangkitan ini? Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis. Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan? Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV. Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus. Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...